Saturday, 14 September 2013

Kalau kini engkau jatuh, 
Imbas kembali hidupmu,
Bukan semalam,
Tapi 17 18 tahun yang lalu, 
Ketika engkau belajar berjalan.

Apa yang dapat engkau lihat?
Bangun, jatuh, bangun, jatuh bukan?

Kemudiannya apa engkau lakukan? 
Bangun, satu langkah, jatuh. 
Bangun, satu langkah lagi, kemudian jatuh.

Hinggalah pada suatu hari, engkau mula berjalan lebih jauh. 
Kemudian berjalan pantas, 
Akhirnya, engkau sudah pandai berlari.

Antara yang banyak berlaku ialah, engkau jatuh bukan?

Tapi apa yang engkau yang dahulunya si kecil itu lakukan? Dia bangkit, cuba langkah yang baru, kemudian dia baiki langkahannya itu, hingga sempurna setiap langkahnya. 

Maka kini jika engkau jatuh,
Kalaupun ia begitu sakit, 
Jangan engkau kalah kepada 'si kecil' itu. 

Bittaufiq Wa An-Najah. Kepada diriku dan kalian. 

*Pasca IKMAL
Kebanyakan penghuni syurga ialah siapa? Orang yang miskin.

Namun bagaimana masih ada yang apabila mendengar fakta ini, langsung bersenang lenang kerana dia berkeyakinan bahawa andai dia miskin sekalipun, syurga menantinya kerana tiada harta, dan kekayaannya tidak akan ditanya. 


Sukar apabila seseorang itu bertindak seperti apa yang Karl Marx katakan bahawa agama ini seperti candu, siapa yang berpegang dengannya akan hanyut dan leka. 


Nah. Bagaimana dia tidak katakan begitu. Depan mata kita juga ada manusia yang beranggapan sebegitu kan? 


Berusaha keras lah untuk memiliki kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Agama ini datang bukan sekadar membawa mesej bersabar dalam kesulitan, ia juga datang dengan membawa mesej serta contoh teladan dari salaful ummah yang berusaha keras dalam urusan hidup dan akhiratnya. Berapa ramai salaful ummah yang in sha Allah dijamin Syurga, tapi mereka kaya dan menginfakkan harta mereka fi sabilillah.


Begitu juga dalam menuntut Ilmu. Berusaha lah. Jangan putus asa. Ijtahidu. Ijtahidu. Ijtahidu. Fi hifzillah. Moga Allah berkati kita semua.



Thursday, 12 September 2013

Cinta itu agung.
Mahal tak terharga.
Tiada ungkapan pembuktian yang mampu menanggungnya.
Tak mampu memilih bicara untuk menggambarkannya.
Lalu, tak wajar ia dijual murah dengan hamburan kata.


Buat cinta,
kaki pantas melangkau bumi beribu batu,
mata berjaga malam menewas waktu.

Takhtanya di hati.
empayarnya seluruh jiwa.
Di sebalik Tuhan merahsiakan soal jodoh, masa depan dan kematian,
ada nilai motivasi.
Agar insan tidak mem"bunuh" konsep usaha atau lesu untuk meraih dan bersedia menghadapi sesuatu yang "surprise".

Kalau dah tahu jodohnya dengan si tua hodoh, putus asalah dia.

Kalau dah tahu nasibnya bakal menjadi kaya, bermalas-malasanlah dia.
Kalau dah tahu tarikh kematiannya yang jauh, menangguh taatlah dia.

Sedangkan dalam tempoh kerahsiaan itu, manusia mampu berusaha melengkapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan, berbeza jika dia mengetahuinya awal tanpa usaha.

Sama ada kita syukur atau kita kufur? Berapa ramai diantara kita selalu memikirkan dan bermuhasabah dengan segala nikmat yang Allah berikan? Nikmat iman, islam, kesihatan,keluarga dan harta semuanya adalah milik mutlak Allah Azzawajalla. Namun, adakah kita sedar bahawa segala yang kita miliki ini hanyalah sebuah pinjaman yang Allah berikan buat kita demi melihat samaada kita bersyukur atau tidak. Kadangkala nikmat yang Dia kurniakan mampu untuk mendekatkan kita denganNya, namun ada juga yang terus memilih untuk menjauh diri dengan penciptaNya lalu khayal dan bongkak dengan segala pinjaman kurnian Allah Ya Rabbul Izzati sepertimana Qarun yang telah Allah timpakan dengan nikmat kekayaan dan kesenangan.


Firman Allah s.w.t

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi". 

(Surah An-Nahl ayat 18 )


Jika dijadikan nikmat Allah sebagai maudhu, antara ceritera paling masyur di Nusantara ini adalah kisah Ulama Agung Nusantara, Hamka dengan seorang jutawan. Diceritakan suatu hari Buya Hamka sedang berjalan bersiar-siar di sebuah kawasan dimana disekelilingi sawah padi yang terbentang luas bersama seorang hartawan Indonesia. Maka di suatu persimpangan, mereka berhenti ditepi jalan bagi melihat dan menghirup suasana yang mendamaikan di tengah-tengah petak sawah. 

Sedang mereka berbual, hartawan ini terlihat seorang wanita sedang membawa bekalan makanan tengahari buat suaminya yang sedang bercurah peluh mengusahakan sawah. Si isteri menghamparkan tikar dan memanggil suaminya untuk menjamah makanan yang dibawanya terlebih dahulu sebelum menyambung melakukan pekerjaan. Dengan wajah yang penuh senyuman meskipun keletihan, si suami menjamah makanan yang dibawa isterinya penuh nikmat meskipun lauk pauk yang dimasak hanyalah sekadar sahaja. Lalu hartawan ini bertanya kepada Buya Hamka.


"Pak, saya ini orang kaya. Punyai kereta yang besar, gedung besar, usahawan yang juga besar, tapi saya tidak pernah makan seenak itu." 


sambil matanya menuju kepada pengusaha sawah dan isterinya.


Hamka hanya mampu mengukir senyuman lalu dia berkata


 "Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"


Ramai yang tersalah sangka bahawa kebahagian ini selalunya diukur atas dasar harta. Namun sebenarnya kebahagian atau sakinah dalam kehidupan hanya dirasai apabila kita menjadi insan yang bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Mungkin kita lihat sesorang itu kaya dan banyak harta, namun percayalah belum tentu si kaya itu rasai kebahagian dalam hidupnya. Kadangkala orang miskin yang kurang harta, makanannya hanya sederhana lebih bahagia dari mereka yang lebih berharta. Kebahagian ini adalah sebuah keajaiban yang sangatlah sukar untuk diukirkan dengan perkataan.

Allah itu Maha Adil dan "Lihatlah Bagaimana Allah Membahagikan Nikmat"

Kalau manusia berasa angkuh ketika berada tinggi di puncak gunung,
beringatlah bahawa gunung tidak terapung, 
malah tanah rata di bawah yang bantu menampung.

REPENTANCE

S.H.A.M [4 syarat taubat].

S esal [menyesal sungguh-sungguh].
H enti [berhenti serta-merta].
A zam [berazam untuk tidak mengulangi].
M aaf [mohon maaf dan lunaskan hak jika dosa melibatkan manusia].

S elesai [:)].

Tuesday, 10 September 2013

EXPERIENCE

Guru yang tidak bertauliah,
guru yang tidak ada sijil,
guru yang bukan keluaran dari mana-mana universiti atau Institut Pendidikan Guru,
guru yang mengajar segala jenis guru,
guru yang mahir dalam semua bidang,

guru yang mendidik erti keberanian sebenar.

PENGALAMAN.

Sunday, 8 September 2013

ANUGERAH

Insan yang kini telah tiada dalam hidup kita, 
Dulu pernah menjadi watak yang terabai,
Kehilangan mereka menjentik ingatan,
Betapa kehadiran mereka adalah sebuah anugerah, 
Dari Ar-Rahman.


MASALAH DAN UJIAN

Dalam setiap keluarga, pasti ada masalah dan ujian yang Allah turunkan sebagai cara untuk Allah uji keimanan seseorang. Hal ini seperti mana Allah sebut didalam surah Al-Ankabut ayat 2:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" 

Maka Hadapilah ujian itu dengan tenang dan mengikuti petunjuk nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Janganlah kita mengikuti hati dan perasaan yang sering membawa kepada kebinasaan dan kesalahan. 

Kalau tidak mengerti jalan penyelesaiannya dari petunjuk nabi, maka bertanyalah kepada ahli ilmu yang kita percaya akan keilmuan dan keahliannya, hal ini persis spt yang Allah perintahkan didalam surah An-An-Nahl ayat 43:

"Oleh sebab itu bertanyalah kepada ahli ilmu jika kalian tidak mengetahui.”

Itu jalan yang terbaik. Selebihnya serahkan kepada Allah dengan berdoa kepada-Nya dan bertaqwalah kepada-Nya. Kerana hanya doa dan taqwa kepada Allah, maka Dia akan mengabulkan doa itu dan Allah akan memberi jalan keluar terhadap setiap masalah. Spt yang Allah sebut didalam surah Mukmin/Ghafiir ayat 60 dan surah Thalaq ayat 5:

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu" (Mukmin 40:60)

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar" (At-Thalaq 65:2)

Semoga bermanfaat. Allahua'lam.

BEWARE

Ahli 'Ilmu & Tullabul 'Ilmi mesti menjauhkan diri daripada menjadi dua golongan ini

Pertama : Budak Suruhan Pemerintah
Kedua : Boneka Rakyat

[Mutiara Faedah Syaikhuna al-Musnid Soleh al-'Usoimi -hafizahullah-]

POPULARITI

Sunnah salaf ialah menjauhi kemasyhuran

Diriwayatkan oleh Aasim bahawa jika ada lebih daripada empat orang datang mengelilingi Imam Abul Aaliyah maka beliau akan bangun dan beredar. Ketakutan para salaf terdahulu dari kemasyhuran ialah kerana mereka mengerti bahawa pujian, kekaguman dan kemasyhuran akan membinasakan keikhlasan dan amalan mereka disisi Allah SWT.

Berkata Imam Abdullah bin Mubarak,

قال لي سفيان: إياك والشهرةَ؛ فما أتيتُ أحدًا إلا وقد نهاني عن الشهرة

‘Sufyan telah berkata kepadaku, ‘Jauhilah kamu daripada menyukai kemasyhuran kerana tidaklah aku mendatangi seseorang (dari kalangan salaf) kecuali mereka berpesan dengan melarang aku daripada kemasyhuran.’

Tanpa ikhlas maka setiap amalan yang dilakukan adalah sia-sia seperti firman-Nya:

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan." [al-Furqan: 23]

EVALUATE YOURSELF.

antara EMOSI dan RASIONAL
antara SEMANGAT dan ILMU

antara BATIL dan HAQ

Moga ALLAH pelihara MESIR.

ANTARA DUA KEBAIKAN

Jangan ASYIK menDOAkan 'SYAHID' berbanding 'MENANG' kerana keMENANGan ISLAM itu LEBIH memberikan MANFAAT untuk UMAT!

Jangan HANYA menDOAkan apa yang kita SANGKA baik, kerana ALLAH MAHA mengeTAHUi apa yang LEBIH baik untuk kita.

Jangan SANGKA 'minority' itu DUSTA, kerana akan sampai satu ZAMAN bilangan pewaris SUNNAH menjadi RENDAH.

Ini zaman FITNAH, ikut kata SUNNAH, jangan main REDAH.

Mudah2an ALLAH selamatkan UMAT ISLAM di seluruh DUNIA!
Mudah2an kita tergolong dalam kalangan pewaris SUNNAH!



Saturday, 7 September 2013

POINT OF VIEW

Akhirat itu jauh bagi kita, tapi sebenarnya mendekatkan kita dengan Allah.
Dunia ini pula dekat dengan kita, tapi seringkali menjauhkan kita dari Allah.


Bagaimana pula dunia kita? Usah tunggu hingga sudah jauh (sudah meninggalkannya) baru hendak berkira - kira apa usaha yang bisa dilakukan untuk mendekati Tuhan. 


Sering sahaja mata kasar ini ditipu material - material dunia, sering kali sahaja mata hati ini dikaburi nafsu dan kalah dengan pujuk rayu si musuh yang nyata.


Maka sepatutnya belajarlah menjadi bijak menjauhkan diri dari amarah Tuhan sebaliknya menyerbu pintu - pintu kerahmatan-Nya.



P/s : Peringatan untuk yang masih belum terlambat in sha Allah.






Thursday, 5 September 2013

MISTAKES

Salah dulu baru betul. 

Salah adalah pengalaman yang mengajar agar masa depan perlu betul dari salah yang dulu.

Yang pandai membaca hari ini, banyak kali salah semalam.


Salah itu guru agung.


Maka usah malu bila salah, 

Itu akan mendewasakan kamu, mematangkan kamu, mencerdikkanmu, bi iznillah. 


Namun,
Teruslah berusaha agar kesalahan yang sama tiada diulang kembali.

Tidak jatuh seorang mukmin ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali, bukan?


Yang menggerakkan hatimu untuk menyedari pengajaran - pengajaran di sebalik kesilapan, 

Tetap Dia, yakni Tuhan-mu, Ar-Rahman. 


Yakini-Nya. 


Sunday, 1 September 2013

HOPE

Orang beriman, 

Haruslah sentiasa memberikan harapan kepada orang lain, 
Pintu - pintu syurga bukan untuk kamu sahaja. 

Janganlah kamu terpedaya dengan banyaknya ilmu dan amalan kamu, 
Kerana iblis juga pernah begitu.

Umat, janganlah asyik berduka dengan mengambil berita tentang neraka sahaja, 
Sejukkanlah dan berikanlah juga harapan kepada dirimu sendiri dengan berita - berita tentang syurga. 



Moga Allah sentiasa memberikan petunjuk kepada umat ini.